Sabtu, 13 Desember 2014
Pemain Gitar Kidal Yang Terkenal Di Dunia
Selalunya yang paling menonjol atau popular dalam sesebuah kumpulan atau band ialah vokalisnya atau tidak pun pasti pemain gitar utamanya mampu memikat hati peminat di luar sana.
Albert King
Ini kerana kebanyakan vokalis dan pemain gitar utama kebanyakan memiliki wajah yang kacak serta bakat bermain gitar yang ‘superb’ sehinggakan ada sesetengah peminat mengidolakan mereka
Kebiasaannya juga, pemain gitar kebanyakannya memetik tali gitar dengan tangan kanan.
Namun terdapat juga segelintir pemuzik yang bermain gitar dengan tangan kiri dan petikan gitar mereka tetap gempak seperti mereka yang bermain menggunakan tangan kanan.
Jika di Malaysia, kita mempunyai Man Kidal gitaris kidal yang sememangnya terkenal dengan petikan gitarnya yang ‘ummmph’!
Di sini disertakan senarai lapan pemain gitar kidal hebat yang terkenal di seluruh dunia.
Kurt Cobain
Vokalis serta pemain gitar kumpulan Nirvana ini merupakan seorang yang sangat terkenal ketika di zaman kegemilangan band itu pada awal 90-an. Popular dengan lagu Smells Like Teen Spirit, sayangnya Cobain tidak dapat mengukuhkan empayar muziknya tersendiri selepas dirinya disahkan mati akibat bunuh diri pada 5 April 1994.
Albert King
Albert King yang sering kali dikaitkan dengan muzik blues ini begitu disanjungi oleh penyanyi veteran seperti Eric Clapton dan Stevie Ray Vaughan. Gitaris blues kidal ini juga gemar bereksperimen dengan muzik R&B dan blues untuk mencipta kelainan daripada segi ciptaan lagu miliknya. King telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Disember 1992 ketika berusia 89 tahun.
Toni Iommi
Figura ini merupakan gitaris untuk band Black Sabbath. Iommi dikenali sebagai gitaris muzik yang berbentuk heavy metal.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar